KFR dan KPKFM Telah Rasmi Didaftarkan

Khairul Fahmi Resources

Alhamdulillah, akhirnya proses pendaftaran Khairul Fahmi Resources (KFR) dan Kelab Peminat Khairul Fahmi Malaysia (KPKFM) telah lengkap dan dapat beroperasi secara rasminya.

Sememangnya proses pendaftaran dan kelulusan kedua-dua pertubuhan ini amat mengambil masa. Oleh itu, kami terpaksa menghentikan operasi kerja kami sehingga kedua-dua pertubuhan ini selamat didaftarkan.

Insyaallah, kami akan kembali bergerak secara aktif untuk memberikan yang terbaik kepada anda yang sentiasa menyokong kami setiap masa.

Kelab Peminat Khairul Fahmi Malaysia

Kelab Peminat Khairul Fahmi 718x1024 KFR dan KPKFM Telah Rasmi DidaftarkanKelab Peminat Khairul Fahmi akan menjadi platform bagi menguruskan segala aktiviti kami bersama peminat dan Khairul Fahmi.

Laman web KPKFM akan memberikan pelbagai maklumat terkini tentang Khairul Fahmi dan aktiviti-aktiviti kami sepanjang tahun ini. Oleh itu, setiap perjalanan program kami akan diuruskan oleh kelab kami ini. Ini adalah link ke laman rasmi KPKFM.

Khairul Fahmi Resources

Khairul Fahmi Resources 744x1024 KFR dan KPKFM Telah Rasmi Didaftarkan

KFR akan menguruskan segala aktiviti perniagaan Khairul Fahmi seperti perlancongan, penajaan, perniagaan telekomunikasi, event, hartanah, merchandise, produk-produk jualan, publishing, ruang iklan didalam website dsb.

Khairul Fahmi Resources

Scandal terbaru Khairul Fahmi hanyalah kabar angin semata-mata

Mungkin anda sudah terdengar gossip terbaru yang menimpa ikon kesayangan kita  ni. Kesian kat Apex, hari-hari kena buli dan difitnah oleh media massa dan media baru seperti Facebook dan blog.

leuniey 425x300 Scandal terbaru Khairul Fahmi hanyalah kabar angin semata mata

Adakah gadis ini scandal terbaru Apex?!? Namanya Lieniey Natasha. Adakah benar dia adalah girlfriend terbaru Apex? Semestinya bukan!!

Khairul Fahmi @ Apex sendiri menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai apa2 hubungan dengan gadis ini dan ternyata gossip ini adalah tuduhan liar yang berniat untuk menjatuhkan kredibiliti Khairul Fahmi sekali lagi.

Sekarang ini Apex sedang bersiap sedia untuk berjuang menentang Bahrain pada 5 Febuari 2012 ini. Namun sesetengah pihak sengaja mereka-reka cerita untuk menjatuhkan maruah dan kredibiliti Khairul Fahmi.

Sudah-sudahlah… Carilah gossip-gossip yang lain pula.. Kami di Kelab Peminat Khairul Fahmi lebih rapat dan arif tentang Apex. Oleh itu, kamilah sumber maklumat yang lebih dipercayai daripada sumber-sumber Internet diluar sana.

Sama-samalah kita mendoakan agar Apex dan skuad negara berusaha mati-matian bagi mengembalikan maruah bola sepak negara di Bahrainn nanti. Sudah-sudahlah dengan gossip ni.. Kita bagi sokongan tanpa berbelah bagi kepada Apex dan skuad Harimau Muda Malaya untuk sukses di Bahrain nanti.. Adios